Pehlu Khan, 55, meninggal dunia di sebuah hospital kelmarin, dua hari selepas sekumpulan 200 orang perusuh menyerang trak membawa lembu di sebuah lebuh raya di daerah Alwar, negeri Rajasthan.

Ketua Polis Alwar, Rahul Prakash berkata, sekurang-kurangnya enam individu lain turut cedera dalam serangan itu tetapi kesemua mangsa telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Katanya, polis sedang cuba mengenal pasti penyerang dan mengklasifikasikan insiden itu sebagai kes bunuh.

“Kami masih belum menerima laporan bedah siasat tetapi Pehlu mengalami pelbagai kecederaan patah tulang rusuk,” katanya.

Lembu dianggap sebagai haiwan suci bagi majoriti penganut Hindu di India dan penyembelihan haiwan itu dianggap sebagai kesalahan di kebanyakan negeri.

Di beberapa buah negeri di utara dan barat India, terdapat skuad yang ditubuhkan penganut Hindu yang berkeliaran di lebuh raya bagi memeriksa trak haiwan ternakan dan kewujudan lembu dalam kenderaan itu. – AFP