Marc Lamparello, 37, cuba membawa kesemua bahan terlarang itu ke dalam gereja St. Patrick di Manhattan kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan sebelum dihalang pengawal keselamatan yang berkawal di pintu masuk gereja tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya Risikan dan kaunter keganasan Jabatan Polis New York, John Miller mengesahkan lelaki itu kini dalam tahanan polis dan sedang disoal siasat.

Insiden berlaku beberapa selepas kebakaran di gereja Notre Dame di Paris.- AGENSI