Timbalan Komander Bahagian Biro Polis Imigresen, Roengron Rimphadee berkata, pihak berkuasa mengesan pasport palsu itu berdasarkan sistem pengimbas biometrik.

Beliau berkata lelaki tersebut dalam perjalanan ke Filipina apabila dia ditahan.

“Peranti itu mendapati wajahnya tidak sepadan dengan cip pasport.

“Bagaimanapun, suspek menegaskan bahawa dia adalah lelaki yang sama. Kemudian, kami mendapati dia membawa pasport palsu, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah pegawai Imigresen menemukan wang tunai tersebut dalam bagasi suspek.

“Kami cuba mengenal pasti sama ada suspek lain terlibat dalam penipuan pasport,” katanya.

Rekod menunjukkan bahawa lelaki itu telah beberapa kali membawa pasport palsu yang sama memasuki sempadan Thailand-Myanmar.

Bagaimanapun, Imigresen tidak memberitahu kerakyatan lelaki itu.

Dia ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA