AL JARREAU

Jarreau yang pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak tujuh kali, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di sini sehari selepas mengumumkan untuk bersara daripada karier muzik.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu We’re in This Love Together dan After All itu dimasukkan ke hospital akibat keletihan sejak dua minggu lalu namun punca sebenar kematiannya tidak dinyatakan.

Jarreau mula dikenali selepas membuat persembahan solo di Kelab Troubadour di West Hollywood pada 1975 dan album pertama bertajuk We Got By yang dilancarkan pada tahun sama berjaya melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa.

Beliau dilahirkan di Milwaukee, Wisconsin pada 1940 dan mula menyanyi sejak kecil serta mempunyai kelulusan di peringkat sarjana dalam bidang kaunseling dari University of Iowa.

Artis berbakat besar itu memenangi pelbagai anugerah termasuk pencapaian seumur hidup termasuk penghormatan daripada White House ketika bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyambut Hari Jazz Antarabangsa bulan lalu. – AFP