Memetik laporan Reuters, Sze Hian menerusi kenyataan dalam akaun Facebooknya menegaskan hanya berkongsi tanpa menulis sebarang komen atau menukar pengisian yang terkandung di dalam artikel tersebut.

Dalam kenyataan sama, Sze Hian yang juga seorang penulis blog itu memberitahu keliru dengan kandungan surat dihantar peguam yang antara lain menuduh tindakannya sebagai berniat jahat dan merosakkan reputasi Hsien Loong.

“Saya dengan tegas menolak semua pertuduhan ini,” katanya.

Tindakan undang-undang itu dibuat beberapa minggu selepas kerajaan Singapura mengarahkan Facebook mengugurkan perkongsian dibuat seorang penulis blog kelahiran Australia yang mengaitkan bank Singapura dengan 1MDB.

Facebook dalam pada itu menolak permintaan tersebut dengan alasan laman sosial gergasi itu tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menapis sebarang perkongsian tidak benar.