Duta India ke Thailand, Bhagwant Singh Bishnoi berkata, lebuh raya tersebut bermula dari bandar Moreh di timur India dan bertemu di bandar Tamu di Myan­mar dan berakhir di daerah Mae Sod, Thailand.

Jelas beliau, kerajaan ketiga-tiga negara masih berbincang tentang projek berkenaan, namun menunjukkan minat mendalam, memandangkan lebuh raya itu mampu meningkatkan perdagangan antara India dan negara-negara Asia Tenggara.

“Pembinaan projek ini akan menyaksikan sebanyak 73 jambatan di Myanmar yang dibina semasa era Perang Dunia Kedua dibaik pulih dengan dana daripada kerajaan India.

“Apabila siap dibina kelak dalam masa 18 bulan, lebuh raya ini akan dibuka untuk laluan ketiga-tiga negara,” katanya kepada portal The Nation.

Bishnoi berkata, pembinaan lebuh raya itu bakal merancakkan pelaburan dan perdagangan melalui jalan darat antara rantau Asia Selatan dengan Asia Tenggara, terumatamanya melibatkan pengangkutan kargo.

Tambahnya, pembukaan laluan baharu tersebut juga bo­leh memajukan industri di pelabuhan Dawei di Myanmar, pelabuhan Chennai di India dan pelabuhan Laem Chabang di Thailand.

Katanya, projek itu, bagaima­napun berdepan beberapa ca­baran terutamanya di Myanmar yang perlu diselesaikan pihak berkuasa negara tersebut.