Larangan larangan membawa masuk komputer riba ke kabin pesawat, yang dikenakan sebe­lumnya telah ditarik balik.

Menurut Setiausaha Kesela­matan Da­lam Negeri, John Kelly, antara langkah yang diambil meliputi meningkatkan pe­­meriksaan penumpang secara menyeluruh, meningkatkan pe­nyaringan peranti elektronik pe­ribadi dan penambahan protokol ke­selamatan di sekitar pesawat serta kawasan penumpang.

“Hari ini, saya mengumumkan langkah pertama pengukuhan kawalan keselamatan baharu yang akan dikuatkuasakan kepada semua penerbangan komersial yang datang ke AS. Langkah yang dilakukan secara jelas dan juga sebaliknya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Menurut statistik Jabatan Ke­selamatan Dalam Negara AS, langkah itu melibatkan 105 buah negara, kira-kira 280 lapangan terbang, 180 buah syarikat penerbangan dan 325,000 penumpang yang tiba setiap hari menerusi lebih 2,100 penerbangan.

Sementara itu, rakyat dari enam buah negara majoriti umat Islam dan pelarian kini dikehendaki membuktikan mempu­nyai ahli keluarga yang rapat atau hubungan perniagaan untuk memasuki AS.

Peraturan ini dikenakan terhadap rakyat dari Syria, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yemen berikutan keputusan Mahkamah Agung yang meluluskan sebahagian daripada arahan eksekutif Presiden AS, Donald Trump.

Menurut AP yang memetik sumber Jabatan Negara, dalam tempoh 90 hari akan datang, semua pemohon perlu membuktikan mereka mempunyai hubu­ngan sama ada dengan ibu bapa, pasangan, kanak-kanak, anak lelaki atau perempuan yang sudah dewasa, menantu lelaki, menantu perempuan atau saudara-mara yang berada di negara ini dan tanpa bukti itu mereka tidak akan dibenarkan memasuki AS.

Laporan itu menyebut, datuk dan nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara pe­rempuan, anak saudara lelaki, sepupu, abang ipar dan kakak ipar, tunang dan lain-lain ahli keluarga, tidak dianggap sebagai mempu­nyai hubungan yang rapat.

Peraturan baharu itu juga me­nyatakan bahawa apa-apa hubu­ngan dengan firma AS mestilah dilakukan secara formal dan didokumenkan serta bukan untuk mengelakkan daripada larangan perjalanan.

Pengecualian juga diberikan kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan atau pendidikan di AS dan mereka yang telahpun memiliki visa yang sah.

“Jangan buat silap, musuh kita sentiasa berusaha untuk mencari kaedah baru untuk menyembunyikan bahan letupan, merekrut orang dalam dan merampas pesawat”.

“Kita tidak boleh memandang ringan dengan ancaman baru, sebaliknya harus meletakkan langkah-langkah baharu untuk memastikan orang awam selamat dan menjadikannya lebih sukar bagi pengganas untuk berjaya,” tegas Kelly. – BERNAMA/REUTERS/AGENSI