Iraq mengumumkan ‘kemenangan’ ke atas Daesh pada hujung tahun kaku selepas tiga tahun memerangi mereka.

Menurut Jurucakap Kehakimannya, Abdel Sattar Bayraqdar, seramai 616 orang dituduh terlibat dengan Daesh mengikut Undang-undang Anti-Terorisme Iraq.

“Suspek-suspek terdiri 466 wanita, 42 lelaki dan 108 kanak-kanak.

“Mengikut undang-undang itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa didapati bersalah menyertai kumpulan Daesh meskipun tidak terlibat pertempuran,” katanya.

Menurut sumber, lebih 300 suspek dijatuhkan hukuman mati dan 300 lagi dihukum penjara selama 20 tahun pada April lalu.

Kebanyakan wanita yang dijatuhkan hukuman terlibat dengan Daesh dari Turki dan republik dalam bekas Kesatuan Soviet. - AFP