Sejumlah 60,401 penduduk telah dijangkiti penyakit bawaan air itu dan 3,161 daripada mereka telah meninggal dunia, menurut angka terbaru yang disiarkan oleh Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA), di sini.

"Situasi kemanusiaan di Zimbabwe sangat genting dan semakin meruncing," kata jurucakap OCHA, Elisabeth Byrs.

Beliau berkata, bantuan amat diperlukan pada detik kritikal sekarang. - Reuters