Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 50 tiang elektrik dimusnahkan

Selatan Thailand terpaksa bergelap

GAMBAR hiasan. Ekoran merosakkan tiang elektrik, beberapa bahagian
GAMBAR hiasan. Ekoran merosakkan tiang elektrik, beberapa bahagian di Thailand terpaksa bergelap. - Agensi

PATTANI 7 April - Sebahagian besar kawasan di empat buah wilayah di selatan Thailand bergelap selepas kumpulan yang tidak dikenali melakukan sabotaj dengan memusnahkan lebih 50 tiang elektrik di wilayah berkenaan awal pagi ini.

Lebih 40 bom diletupkan dalam tempoh satu jam bermula 12 tengah malam yang memusnahkan tiang elektrik dan menyebabkan wilayah berkenaan berada dalam kegelapan sepenuhnya.

‘Sebanyak 52 tiang elektrik di 19 daerah di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla dimusnahkan dalam serangan sabotaj. Bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya di beberapa kawasan terlibat,” kata jurucakap tentera Wilayah 4, Kol Pramote Prom-in.

Selain serangan bom yang memusnahkan tiang elektrik, pihak yang bertanggungjawab juga menaburkan paku, tayar yang terbakar dan melakukan tindakan sabotaj lain.

Menurut Pramote, pihak tentera tidak menerima sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan disebabkan serangan itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain