Operasi yang telah berlangsung sejak dua hari lalu menyaksikan pusat tahanan itu ditutup bagi menghalang sebarang bekalan masuk ke dalam kem itu manakala bas-bas dilihat mengangkut pemohon suaka ke pusat transit di sekitar pulau berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Australia dan kerajaan PNG untuk berunding bagi meredakan ketegangan di kem berkenaan.

Kebanyakan pemohon suaka terdiri daripada golongan lelaki warga Afghanistan, Iran, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka dan Syria ditempatkan di kem berkenaan di bawah polisi ketat imigresen Australia yang enggan menerima kumpulan berkenaan yang tiba dengan bot ke pantai negara tersebut.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop hari ini berkata, tindakan polis itu tidak akan menjejaskan imej negaranya di rantau ini. - REUTERS