Di AS, sekurang-kurang­nya 12 orang termasuk empat kanak-kanak dan remaja disahkan terkorban apabila sebuah pangsapuri setinggi 25 tingkat di Bronx, New York terbakar.

Kebakaran itu turut menyebabkan sebilangan penghuni lain cedera.

Difahamkan, kebakaran bermula di tingkat satu bangunan sebelum merebak ke tingkat tiga.

Punca sebenar kejadian ba­gaimanapun masih disiasat.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dilaporkan turut berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran berkenaan.

Sementara itu, di Mumbai, India, satu kebakaran di sebuah bangunan dalam kawasan restoren dan gedung Kamala Mills yang popular di sini mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, kata seorang pegawai kanan polis hari ini.

Pesuruhjaya Polis Mumbai, S. Jaykumar yang mengesahkan insiden itu memberitahu, beberapa orang mangsa turut ce­dera akibat kebakaran tersebut.

Tambahnya, punca sebenar kebakaran juga masih dalam siasatan polis.

Seorang mangsa yang terselamat turut berkongsi detik-detik mencemaskan ketika kebakaran itu berlaku menerusi akaun Twitter miliknya.

Sulbha Arora berkata, ketika kejadian, terdapat satu rempuhan yang besar dan dia mendakwa seseorang telah menolaknya hingga jatuh.

“Saya tidak tahu bagaimana saya dapat keluar dengan selamat. Pastinya ada ‘kuasa’ yang melindungi saya,” ujarnya. –AFP