Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Qaisar Khan Afridi berkata, jumlah paling tertinggi membabitkan lebih 185,000 pelarian yang kembali pada Julai, dengan kira-kira 98,000 melintas sempadan pada September sahaja.

“Sejak Januari tahun ini, jumlah pelarian sudah pulang ke Afghanistan secara sukarela sudah melebihi 200,000. Rata-rata pelarian sudah kembali ke negara mereka sendiri apatah lagi Pakistan sudah mula meningkatkan kawalan di sempadan sejak Jun dan menahan mereka yang memasuki negara itu secara haram.

“Empat hari pertama bulan ini sahaja, seramai 5,000 pelarian kembali ke negara asal mereka,” katanya.

Amnesty International hari ini melaporkan, Pakistan menerima 1.6 juta pelarian, menjadikannya ia yang ketiga terbesar di dunia. - AFP