Menurut polis, seramai 10 lagi penyeludup dadah mati ditembak awal pagi ini, sebahagian daripada mereka terbunuh semasa kejadian berbalas-balas tembakan dengan pihak polis manakala yang lain dalam pergaduhan antara kumpulan pengedar dadah.

Kira-kira 102 individu yang disyaki pengedar dadah telah dibunuh sejak Bangladesh melancarkan perang dadah bermula 15 Mei ini bertujuan mengekang pengedaran dadah dikenali yaba, pil murah kombinasi methamphetamin dan kafein.

Menteri Dalam Negara, Asaduzzaman Khan berkata, perang itu akan diteruskan sehingga kerajaan berjaya mengawal sepenuhnya pengedaran tersebut.

Kira-kira 12,000 pengedar dadah telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah khas sejak serbuan bermula, kebanyakan mereka telah dijatuhkan hukuman penjara antara tujuh hari sehingga enam bulan.

Beliau turut menegaskan, kesemua yang dibunuh disahkan pengedar dadah bukan individu yang tidak bersalah seperti yang didakwa oleh kumpulan hak asasi manusia. - AFP

habis.