Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Laut Sulu bukan ‘Somalia Asia’?

GAMBAR fail menunjukkan beberapa anggota tentera Filipina sedang 3
GAMBAR fail menunjukkan beberapa anggota tentera Filipina sedang menyerbu sebuah kem bawah tanah yang dipercayai milik kumpulan pengganas Abu Sayyaf. -AFP

Laut Sulu mungkin kurang diberikan tumpuan sebelum ini kerana lokasinya yang agak ‘tersorok’ daripada kawasan perairan antarabangsa.

Terletak di antara Laut China Selatan, Laut Filipina dan Laut Sulawesi, ia juga terlindung di sebalik kepulauan selatan Filipina termasuk Palawan dan Mindanao serta pulau-pulau kecil lain yang berdekatan dengan Sabah di Borneo.

Bagaimanapun, lokasi yang terpencil itu sebenarnya menawarkan kelebihan kepada kumpulan lanun kerana kegiatan mereka sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.

Tidak menghairankan jika kumpulan militan seperti Abu Sayyaf berani bertindak seperti menahan, merompak dan menculik nelayan dan anak kapal yang berlayar di situ, malah mereka juga tidak teragak-agak memenggal kepala mangsa sekiranya terpaksa.

Pakar pertahanan maritim, Swee Lean Collin Koh dalam satu artikel yang disiarkan BBC baru-baru ini mendedahkan, walaupun insiden membabitkan lanun di kawasan perairan Asia turun mendadak sejak tiga tahun lepas, tetapi Laut Sulu masih dilabel sebagai antara kawasan perairan paling berbahaya di dunia ketika ini.

Katanya, berdasarkan perang­kaan, sebanyak 237 insiden mem­babitkan lanun dilaporkan se­panjang tahun 2011 ketika per­hatian dunia lebih terarah kepada usaha memerangi kegiatan lanun di kawasan perairan Somalia ketika itu.

Ujar Collin Koh, hampir semua insiden serangan lanun itu membabitkan kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina.

Serangan demi serangan yang dilancarkan di kawasan perairan itu menyebabkan ada pihak mula melabel insiden di Laut Sulu tidak ubah seperti apa yang terjadi di kawasan perairan Somalia yang sememangnya sinonim dengan kegiatan lanun.

Sehubungan itu, tidak hairanlah sekiranya firma pakar guaman maritim, Tatham Macin­nes yang memetik kenyataan be­berapa pegawai Indonesia berhubung kegiatan lanun di Laut Sulu merumuskan bahawa dakwaan mengaitkan kawasan perairan itu sebagai ‘Somalia baharu’ bukan direka-reka.

Kata firma tersebut, kenyataan itu terbukti apabila kumpulan lanun atau pengganas terbabit turut menyasarkan kapal komersial termasuk kapal dagang yang berlayar di situ sebelum menyerang dan menculik anak kapal tersebut untuk mendapatkan wang tebusan yang lebih banyak.

Sementara itu, tiga buah negara berjiran iaitu Filipina, Malaysia dan Indonesia kini berusaha menangani masalah lanun di kawasan perairan itu menerusi rangka kerjasama keselamatan yang dikenali sebagai Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang dimeterai pada bulan Mei tahun lepas.

Namun begitu, rangka kerjasama TCA yang menjadikan kawasan perairan Selat Melaka sebagai model dalam memerangi kegiatan lanun itu dikatakan berjalan agak perlahan hingga merisaukan banyak pihak.

Lantaran itu, Manila terpaksa meminta campur tangan Amerika Syarikat (AS) dan China untuk menangani isu tersebut yang dilihat sebagai ‘barah yang semakin teruk’ dari setahun ke setahun.

Namun bagitu, Collin Koh yang juga felo penyelidik Institut Pengajian Strategik dan Pertahanan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, percaya TCA akan membuahkan hasil walaupun mungkin memakan masa agak lama.

Katanya, jika TCA berjaya direalisasikan, Malaysia, Indonesia dan Filipina pasti dapat membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Laut Sulu bukanlah ‘Somalia yang baharu’ seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

Collin Koh juga percaya kerjasama ‘tiga hala’ itu menunjukkan ketiga-tiga negara mampu mengetepikan kepentingan politik untuk sama-sama memera­ngi ancaman lanun di kawasan perairan berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain