Aktivis anti tembakau menyifatkan keputusan berkenaan sebagai satu kemenangan manakala segelintir perokok mengatakan mereka bersedia untuk berhenti merokok.

Malahan, Institut Tembakau Filipina (PTI) menyambut baik larangan tersebut dan tidak menolak objektif di sebalik keputusan itu.

“Satu kemenangan buat kita. Larangan itu menunjukkan keperluan untuk melindungi orang ramai daripada terdedah dengan asap rokok terutamanya yang bukan perokok,” kata Pengarah Eksekutif Tindakan Merokok dan Kesihatan Filipina, Maricar Limpin. - REUTERS