Duterte pada Februari lalu mengeluarkan arahan melarang rakyat Filipina berkhidmat di Kuwait susulan kes pembunuhan seorang pembantu rumah warga negara ini yang mayatnya ditemukan dalam peti sejuk beku di negara berkenaan.

Krisis antara Filipina dengan Kuwait bertambah buruk apabila pihak berkuasa Kuwait pada minggu lalu mengarahkan duta negara ini ke Kuwait meninggalkan negara tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas tersebar video yang menunjukkan petugas kedutaan Filipina di Kuwait membantu beberapa pekerja yang merupakan rakyat negara ini melarikan diri dari negara berkenaan selepas dipercayai didera majikan mereka. – AFP