Penangguhan itu mengakibatkan gangguan perjalanan pulang ke kampung sempena Krismas kepada lebih 10,000 orang.

Sementara itu, penerbangan yang dijadualkan mendarat di Gatwick terpaksa bertukar haluan ke lapangan terbang lain ekoran insiden terbabit.

Dua dron pada awal dikesan berlegar-legar sekitar landasan pesawat kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan.

Lapangan terbang itu dibuka semula pada pukul 3 pagi, tetapi ditutup sekali lagi selepas beberapa lagi dron dikesan terbang di kawasan sama.- AGENSI