Kejadian itu berlaku pada waktu pagi di salah sebuah kawasan paling sibuk di Kabul.

Para pegawai kesihatan memaklumkan, lapan orang penduduk awam terbunuh manakala 25 lagi cedera dan beberapa ken­deraan berdekatan konvoi tersebut musnah serta rosak teruk.

Dalam pada itu, jurucakap Sokongan Keamanan, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Bill Salvin, tiga anggota tenteranya tercedera dalam serangan itu.

Tambah Salvin, kenderaan berperisai yang digunakan dalam konvoi itu mampu menghadapi letupan besar untuk memboleh­kan mereka selamat sampai ke pangkalan.

Serangan itu berlaku selepas susulan ancaman dikeluarkan oleh kumpulan militan Taliban untuk menyerang tentera negara asing minggu lalu.

Sementara itu, beberapa saksi berkata, kenderaan berperisai tersebut hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. – REUTERS