BBC News memetik agensi berita tempatan, Kyodo sebagai berkata, sekurang-kurangnya 30 orang dipercayai turut cedera dalam insiden itu.

Agensi berita yang sama memberitahu, terdapat kira-kira 70 pelajar dan guru pengiring daripada beberapa buah sekolah tinggi di kawasan tersebut ketika kejadian.

Ketika ini, pasukan bantuan dilaporkan bekerja keras mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Bagaimanapun, cuaca buruk termasuk salji tebal dikatakan menyukarkan misi berkenaan.

Wakil BBC di Tokyo, Rupert Wingfield-Hayes memaklumkan, cuaca buruk itu turut menghalang helikopter penyelamat untuk sampai ke lokasi nahas.

Sementara itu, Reuters dalam laporannya menyebut, dua lagi mangsa dipercayai berada dalam keadaan kritikal susulan terperangkap dalam runtuhan salji itu.

Kebiasaannya, pihak berkuasa Jepun tidak akan mengisytiharkan jumlah sebenar kematian dalam sesuatu bencana kecuali selepas mendapat pengesahan rasmi daripada doktor atau pakar perubatan.