Lapor Oddity Central, memelihara ayam kini turut menjadi simbol status pemiliknya.

Seorang usahawan wa­nita dari New Hampshire, Julie Baker kini mengambil manfaat daripada trend tersebut dengan menghasilkan lampin ayam.

Kira-kira 10 tahun lalu di sebuah ladang kecil di Claremont, Julie dan anak perempuannya memeliha­ra ayam dan secara tidak sengaja mereka menonton video di laman Youtube yang memaparkan ayam memakai lampin agar tidak membuang najis merata-rata.

Video tersebut memberi idea kepadanya untuk membuat dan memakaikan lampin kepada ayam peliharaannya, tambahan pula anak perempuannya sering membawa ayam ke­gemarannya, Abigail ma­suk ke dalam rumah mereka.

Julie kemudian menjahit beberapa lampin kapas untuk ayam jenis Old English, seterusnya menerima tempahan lampin serupa daripada pemilik ayam la­in.

Dia membuka perniagaan secara dalam talian, Pampered Poultry bersama anak perempuannya dan kini produk perniagaannya semakin popular.

Pada mulanya, lampin ayam dijual kepada rakan-rakannya tetapi terus me­luas kepada pelanggan apa­bila meningkatnya pe­melihara ayam di kawasan bandar.

Ketika ini, Julie berjaya menjual 500 hingga 1,000 lampin setiap bulan di 50 negeri, dengan harga AS$18 (RM74) dan kini turut menceburi jualan pelin­dung bulu ayam.