Portal Philstar yang memetik kenyataan Pengerusi Majlis Perbandaran Bocaue, Deogracias Da­nao berkata, cara itu terpaksa dibuat selepas dua calon terbabit, Jim Valerio dan Joni Villaneuva masing-masing mendapat 16,694 undian pada pilihan raya yang berlangsung kelmarin.

Menurut Danao, selepas tempoh pengundian ditutup pukul 1 petang, pasukan kempen Villanueva dan Valerio bersetuju untuk menggunakan duit syiling sebagai penentu kemenangan berbanding cabutan undi.

Tambahnya, sebanyak lima lambungan dilakukan oleh beliau sendiri pada pusingan penentuan itu dan calon yang mencatat tiga mata pertama diisytiharkan sebagai pemenang.

“Kem Valerio memilih bahagian kepala dan Villanueva bersetuju memilih ekor.

“Keputusan lambungan syi­ling itu menyaksikan tuah memihak kepada Villanueva yang akan menggantikan kakaknya, JonJon Villanueva melepaskan jawatan sebagai Datuk Bandar Bocaue,” katanya.

Mengulas tentang penggunaan cara lambungan syiling itu, Danao berkata, cara tersebut dilakukan bagi mengelakkan pergaduhan tercetus antara kedua-dua kem calon yang bertanding selepas kaedah cabutan undi nama ditolak.