Bank Pembangunan Asia (ADB) me­nyediakan peruntukan sebanyak AS$13 juta (RM52.7 juta) pa­da 2009 untuk membina semula laluan yang hilang bagi mengurangkan jarak perjalanan antara kedua-dua negara serta meningkatkan perdagangan dua hala.

Menteri Pengangkutan Kemboja, Sun Chanthol berkata, sebuah kereta api beroperasi pagi semalam dari wilayah barat laut Pursat ke ibu kota ini dengan menggunakan bahagian terakhir landasan antara kedua-dua negara yang sudah siap dibina.

“Hari ini adalah hari paling bersejarah untuk negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Kemboja dan Thailand masih perlu membuat perjanjian berkaitan kereta api yang melintasi kawasan sempadan dan kedua-dua negara berharap dapat melaksanakannya dalam tempoh terdekat.

Majoriti sistem kereta api Kemboja dibangunkan oleh rak­yat Perancis ketika zaman penjajahan dan mengalami kerosakan akibat konflik yang tercetus semasa era Perang Dingin.

Bahagian landasan sepanjang 48 kilometer berhampiran bandar sempadan Poipet pula musnah akibat perang pada 1973.

Selain itu, baki laluan kereta api yang lain turut digantung operasinya selama lebih sedekad susulan kerosakan landasan yang teruk.

Kemboja memiliki landasan kereta api sepanjang lebih 600 kilometer bermula dari sempa­dan utara negara ini sehingga kawasan pantai selatan. – AFP