Mangsa terbaharu dikenali sebagai Ahmad Rashad Al-Athamneh, 24 yang ditembak di utara Semenanjung Gaza.

Terdahulu Ahmad Abu Aqel, 25, mati ditembak ketika sedang berdiri berhampiran sekumpulan penduduk Palestin yang membakar tayar di Jabaliya.

Kematian Ahmad Rashad itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel meningkat kepada 36 orang sejak tercetusnya bantahan besar-besaran bermula 30 Mac lalu di sepanjang sempadan Gaza-Israel. - AFP

habis