Komander Pasukan Ordinan Bahan Letupan Polis, Kamthorn Aucharoen berkata, pihaknya menerima laporan petang ini tentang penemuan bom itu di Pangspauri Sukhumvit 81.

“Kami menjumpai bom ber­kenaan di dalam sebuah rumah milik seorang buruh.

“Kami telah mematikan bom itu dan akan memusnahkannya,’’ katanya kepada Reuters.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Thailand, Jeneral Som­yot Poompanmoung berkata, pemburuan suspek letupan Isnin lalu semakin sukar berikutan keadaan kebanyakan kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi di te­ngah Bangkok.

“Kadang-kala, di sebatang jalan ada sehingga 20 buah CCTV, namun hanya lima yang berfungsi.

“Sebanyak 15 buah lagi mungkin rosak,” jelas beliau.

Somyot berkata, kira-kira 90 pe­ratus maklumat yang diterima oleh polis berhubung serangan bom itu juga adalah palsu.

“Buat masa ini, saya yakin suspek masih berada di Thailand kerana saya tidak menerima maklumat menyatakan dia telah ke luar negara,” katanya. – Reuters/dpa