Berdasarkan kajian daripada jurnal PLOS ONE oleh Universiti Adelaide, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan serangga berkenaan sebenarnya tergolong dalam spesies labah-labah perangkap yang sebelum ini ha­nya boleh ditemukan di Gondwana, Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, serangga ter­sebut dipercayai berpecah kepada dua kumpulan sejak 16 juta tahun lalu sebelum merentasi Lautan Hindi sehingga ke kawasan perairan Australia dan mewujudkan habitat baharu.

“Dengan penggunaan teknologi jam molekul, pengkaji mendapati kewujudan kumpulan labah-labah perangkap di negara ini, mungkin disebabkan perpindahan menerusi manusia,” menurut kajian tersebut.

Dalam pada itu, para pengkaji menyatakan bahawa kumpulan labah-labah tersebut mungkin merentasi lautan menggunakan ce­bisan tumbuh-tumbuhan serta tanah yang dihanyutkan ke laut.

Labah-labah perangkap membuat sarang di kawasan tebing berhampiran pantai dan bertelur di dalam lubang.

Selepas telur menetas, serangga tersebut akan bergerak beberapa meter dari sarang asal untuk membuat lubang baharu dan seterusnya akan tinggal di dalam­nya untuk selama-lamanya. – AFP