Lapor Mirror Online, Dieneke Ferguson, 67, menjalani kehidupan normal lebih daripada satu dekad selepas disahkan menghidap pe­nyakit yang membawa maut itu.

Wanita tersebut mula mengamalkan makan sebatian kunyit tersebut selepas rawatan kemoterapi dan sel stem gagal.

Ferguson mula makan lapan gram kurkumin, pigmen yang mewujudkan warna kuning pada kunyit, setiap hari dalam bentuk pil.

Pesakit mieloma mempunyai purata hayat lebih lima tahun sahaja, menjadikan ia sebagai salah satu penyakit membawa maut.

“Di sini kami menerangkan mengenai pesakit mieloma yang memulakan suplemen diet harian dengan mengamalkan pengambilan kurkumin ketika penyakitnya memasuki peringkat ketiga.

“Dengan ketiadaan rawatan antimieloma, pesakit itu mencari alternatif dan berjaya kekal stabil dalam tempoh lima tahun de­ngan mengamalkan kualiti hidup yang baik,” kata pakar hematologi di Barts NHS Health Trust, Dr. Abbas Zaidi.

Kes seumpama ini membuktikan kurkumin kunyit mampu melindungi manusia da­ripada penyakit paru-paru, mieloma, kanser pankreas, kolon, payu­dara, Alzheimer, pe­nyakit jantung dan kemurungan.

Kurkumin juga telah dibuktikan dapat membantu mencepatkan pemulihan selepas menjalani pembedahan dan berkesan merawat artritis.