Menurut kenyataan kementerian tersebut, pihaknya telah menerima maklumat tentang ketibaan kumpulan itu di bandar berkenaan.

Kumpulan yang dianggotai sembilan ahli itu telah menunggu selama seminggu di Damsyik untuk mendapatkan kebenaran memasuki bandar berkenaan.

Mereka sepatutnya berada di bandar berkenaan Rabu lalu namun lawatan mereka terpaksa ditangguh selepas pasukan penilai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditembak semasa memeriksa kawasan tersebut Selasa lalu. - Reuters

habis.