Kedua-duanya diculik pada 12 April lalu oleh kumpulan yang disyaki adalah militan al-Shabaab di Mandera, berdekatan sempadan dengan Somalia.

Dalam insiden penculikan itu, salah seorang anggota polis yang mengiringi kedua-dua doktor ditembak mati.

Kenya dan Somalia kini bersama-sama mencari kedua-dua mangsa berkenaan. - AFP