ABC melaporkan pihak polis menerusi operasi ‘Sunrise’ yang melibatkan AFP, Pasukan Sempadan Australia dan Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia itu turut merampas dadah jenis heroin, methamphetamine dan kokain yang dianggar bernilai AUD21 juta (RM62 juta) yang dianggar bernilai AUD21 juta (RM62 juta).

Pasukan penyiasat mendakwa sindiket tersebut menggunakan kru kabin Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia untuk menyeludup dadah ke negara ini dengan membawa masuk dari Melbourne dan Sydney.

Jurucakap Polis Victoria, Komander Tess Walsh berkata, operasi selama lima bulan tersebut menyasarkan sindiket jenayah terancang Vietnam yang berpengkalan di Melbourne.

“Rampasan ini adalah besar namun saya tidak mengatakan itu jumlah yang dibawa sindiket tersebut ke negara ini.

“Hasil risikan mendapati kru kabin tersebut menjalankan kegiatan tersebut sudah beberapa tahun, mungkin lebih lima tahun,” katanya. -AGENSI