Chun-ying berkata, terdapat penyertaan individu dan pertubuhan dari luar Hong Kong termasuk dalam politik wilayah ini sejak sekian lama.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan negara yang terlibat dalam campur tangan tersebut.

“Pergerakan tunjuk perasaan kini berada di luar kawalan mereka yang memulakan, merancang dan merangkanya,’’ katanya dalam satu temu bual semalam.

Bagaimanapun, ketua pelajar yang menganjurkan demonstrasi tersebut, Joshua Wong hari ini menafikan dakwaan Chun-ying itu.

“Kaitan saya dengan negara-negara asing hanya terhad kepada telefon bimbit buatan Korea, komputer buatan Amerika Syarikat dan video animasi Jepun, Gundam yang dimiliki saya,’’ katanya dalam akaun Facebooknya.

Sebahagian daripada Hong Kong lumpuh ekoran demonstrasi besar-besaran ekoran gesaan hebat yang mendesak pilihan raya bebas diadakan di wilayah tersebut.

Beijing menawarkan penduduk Hong Kong memilih pemimpin mereka dalam pilihan raya pada 2017, namun calon-calon hanya dibenarkan bertanding selepas diluluskan oleh satu jawatankuasa lantikan kerajaan China. – AFP