Serangan itu menggemparkan daerah yang menempatkan kedutaan-kedutaan negara asing termasuk pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Drama berdarah selama enam jam 10 minit itu bermula pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan (11.45 pagi waktu Malaysia).

Polis berkata, dua daripada yang terbunuh dipercayai penyerang berani mati yang bertindak meletupkan diri mereka.

Jumlah mangsa yang cedera masih belum dapati dipastikan.

Polis pada mula menyatakan sekurang-kurangnya lima penyerang bersenjata, lima anggota polis dan tujuh orang awam terbunuh dalam serangan berkenaan, lapor al-Jazeera, bagaimanapun polis kemudian menurunkan angka kematian kepada tujuh orang termasuk lima penyerang.

Sebanyak enam letupan berlaku selang 50 meter antara satu sama lain di daerah berkenaan.

Sejumlah penyerang dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.

Menurut saksi, sebuah pos polis turut menjadi sasaran serangan yang menyaksikan empat mayat bergelimpangan di jalan raya.

Laporan awal menyatakan seorang rakyat Belanda terbunuh dalam serangan tersebut, namun media Belanda kemudian melaporkan dia mengalami cedera teruk.

Wartawan al-Jazeera di Jakarta, Step Veassen melaporkan, pos polis tersebut musnah apabila sebutir bom tangan dilemparkan dan bunyi tembakan boleh didengar di pusat bandar raya ini.

“Enam lelaki bersenjatakan raifal menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah orang ramai. Seorang daripada penyerang menembak seorang pegawai polis dari jarak dekat,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu yang dipercayai didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Seorang saki yang berada di dalam sebuah bangunan semasa serangan bermula, Ruli Koestaman, 32 berkata, dia mendengar bunyi letupan kuat seperti gempa bumi.

“Apabila kami turun ke bawah, kami melihat kedai Starbucks musnah. Saya melihat seorang lelaki Barat cedera di tangan tetapi dia masih hidup.

“Seorang pekerja Starbucks berlari keluar dari kedai itu dengan darah keluar dari telinganya. Saya bertanya sama ada, ada orang cedera di dalam..., dia menjawab ya. Seorang sudah mati,” katanya.

Ruli berkata, apabila semua orang berkumpul, muncul seorang lelaki bersenjata yang mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan kedai Starbucks dan kemudian pos polis meletup. – Agensi/AFP/Reuters