Jurucakap kerajaan Ame­rika Syarikat (AS) berkata, AS percaya ujian terbaharu dalam siri pelancaran enjin dan peluru berpandu itu adalah tahap enjin roket ICBM paling kecil.

Berita mengenai ujian itu diketahui sehari selepas Setiausaha Negara, Rex Tillerson menggesa China, satu-satunya sekutu Pyongyang supaya memberi lebih tekanan terhadap Korea Utara berhubung senjata atom dan program senjata balistiknya.

Menganggap Korea Uta­ra sebagai ‘ancaman ke­se­lamatan tertinggi’ kepada AS, Tillerson berkata, China mempunyai ‘tanggungja­wab diplomatik’ untuk me­nge­nakan tekanan ekonomi dan diplomatik terhadap rejim itu.

Presiden AS, Do­nald Trump sebelum ini memberi amaran bahawa ‘kon­­flik’ dengan Korea Utara adalah terhadap aktiviti persenjataan mereka, namun begitu pegawai rasmi AS sebelum ini menafikan perkara tersebut, sebaliknya memberitahu mereka mempunyai beberapa pilihan lain selain serangan ketenteraan.

Dalam satu pertemuan dengan Trump di White House, Diplomat Tertinggi China, Yang Jiechi me­negaskan, mereka sanggup menjaga hubungan baik dengan AS dalam usaha meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Perang ‘psikologi’ antara Korea Utara dan AS tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda dalam tempoh terdekat apabila kedua-dua pihak saling berbalas tuduhan antara satu sama lain.

Sementara itu, Korea Utara menggelar Trump sebagai gila ketika ketega­ngan memuncak susulan kematian penuntut AS, Otto Warmbier baru-baru ini.

Akhbar rasmi Pyongyang, Rodong Sinmun melaporkan, Trump berada dalam situasi sukar dan sengaja menimbulkan idea menye­rang Korea Utara bagi me­ngalih perhatian krisis politik domestik. – REUTERS/AGENSI