Menurut agensi berita Amerika Syarikat (AS), NPR, imej salah satu fasiliti Pyongyang, Sanumdong telah menghasilkan misil balistik antara benua dan roket angkasa diambil beberapa hari sebelum persidangan kedua Presiden Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Katanya, gambar oleh firma DigitalGlobe menunjukkan kehadiran kereta, kren dan trak di lokasi itu pada 22 Februari yang mana mempunyai akses eksklusif bagi imej berkenaan.

Menurut Penyelidik Institut Middlebury bagi Pengajian Antarabangsa di Monterety, Jeffrey Lewis, apabila anda meletakkan kesemuanya bersama, ia jelas menunjukkan bahawa Korea Utara dalam proses membina roket. - AFP