Surat berkenaan yang dihantar terus kepada Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, menyebut kerajaan pimpinan Kim Jong-un merasakan proses berkenaan tidak boleh diteruskan.

``AS masih belum memenuhi kehendak Korea Utara dalam mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani perjanjian damai,’’ lapor CNN yang memetik sumber.

CNN melaporkan, surat berkenaan telah dihantar oleh bekas ketua agensi perisikan Korea Utara, Kim Yong Chol namun tidak diketahui cara penghantarannya.

The Washington Post memaklumkan, Korea Utara sering berkomunikasi menerusi wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut CNN, surat itu turut menyebut, jika persetujuan gagal dicapai dan rundingan awal gagal, Korea Utara akan meneruskan `aktiviti peluru berpandu dan nuklear’. - Reuters