Acara berkenaan sepatutnya diadakan pada Ahad ini di Gunung Kumgang di Korea Utara sebagai salah satu siri acara menjelang penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang.

Menurut portal berita BBC, acara berkenaan serta beberapa lagi persefahaman yang dibuat semasa penganjuran sukan itu dilihat sebagai usaha memulihkan hubungan yang tegang antara dua negara.

Namun telegram dari Korea Utara dilaporkan menyalahkan liputan media Korea Selatan yang berat sebelah dan menghina sebagai punca terhadap pembatalan secara mengejut itu.

Korea Selatan bagaimanapun berkata, keputusan itu amat dikesali dan menegaskan Korea Utara harus mengotakan semua perjanjian yang telah dibuat.

Kementerian penyatuan Korea Selatan yang dipetik oleh agensi berita Yonhap berkata, Korea Utara juga berang dengan laporan media tentang kemungkinan Pyongyang bakal menganjurkan perarakan tentera pada 8 Februari ini, sehari sebelum pembukaan acara sukan tersebut.-AGENSI