Ribuan tentera dan kakitangan kecemasan dikerah ke seluruh India, Bangladesh dan Nepal bagi membantu misi menyelamat ketika pihak berkuasa mengesahkan sebanyak 1,013 mayat ditemui sejak 10 Ogos lalu ekoran hujan lebat.

Di Bihar, India, negeri paling teruk dilanda banjir, sebanyak 26 mayat ditemukan kelmarin, menjadikan angka keseluruhan korban menjadi 367 orang. - AFP