Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwon hari ini berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pos pemeriksaan ketenteraan di wilayah Sa Kaeo.

“Rakaman CCTV itu tidak menunjukkan konvoi tersebut di pos pintu sempadan tetapi berada di pos pemeriksaan ketenteraan di wilayah Sa Kaeo,” katanya tanpa menjelaskan adakah pasukan tentera cuba menjejaki kereta yang dinaiki Yingluck.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Phnom Penh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai bekas Perdana Menteri itu sudah memasuki Kemboja atau sebaliknya.

Wakil Parti Pheu Tai pula memaklumkan Yingluck berkemungkinan memandu atau menaiki bot masuk ke Kemboja sebelum menaiki pesawat peribadi menuju ke Singapura dan Dubai.

Yingluck sebelum ini didakwa menggunakan beberapa laluan termasuk udara dan darat untuk melarikan diri dari Thailand. – AFP