Portal Daily Mirror melaporkan, Microsoft dijangka memper­kenalkan teknologi baharu itu ketika pakar-pakar berkaitan meneruskan eksperimen menguji kemampuan gajet berkenaan.

Dikenali sebagai Holoportation, teknologi itu boleh memancarkan imej laser seseorang secara langsung untuk berkomunikasi dengan orang lain walaupun mereka berada di bilik berbeza.

Dengan cara itu, dua individu berkenaan seolah-olah bertemu mu­ka walaupun seorang daripa­danya sebenarnya hanyalah imej hologram.

Komunikasi antara dua individu itu berlaku apabila kamera tiga dimensi digunakan untuk merakam pergerakan dan percakapan pengguna di bilik pertama sebelum menghantar data kepada pengguna Holoportation lain di bilik berasi­ngan.

Satu lagi ciri menarik Holoportation adalah gajet itu mempunyai kemampuan untuk merakam dan dimainkan semula pada waktu lain, selain boleh membesar atau mengecilkan saiz imej yang ingin dipancarkan.

Tidak dapat dipastikan bila Microsoft akan menjual gajet tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, pemacu versi HoloLens dijangka dijual tidak lama lagi pada harga 2,000 pound (RM11,357).