Lapor Mail Online, komputer berkenaan bersaiz seperti sebutir beras.

Komputer tersebut berjaya memadamkan rekod yang dipegang oleh sebuah komputer bersaiz satu milimeter dari IBM yang dihasilkan pada Mac lalu.

Namun, para penyelidik me­nyatakan tidak pasti sama ada peranti berkenaan layak dikenali sebagai komputer kerana semua program dan data akan hilang sebaik-baik sahaja komputer itu dimatikan.

“Kami tidak pasti jika peranti itu patut dikenali sebagai kompu­ter atau tidak.

“Hal demikian kerana perkara itu lebih kepada sama ada peranti tersebut mempunyai keperluan minimum yang diperlukan atau tidak,” kata profesor kejurute­raan elektrik dan komputer yang mengetuai pembangunan sistem baharu berkenaan, David Blaauw.

Peranti terbabit dikatakan terlalu kecil untuk mempunyai antena radio konvensional.

Sebaliknya, komputer ber­kenaan menerima dan menghantar data dengan bantuan cahaya menerusi stesen pangkalan yang disediakan.

Selain itu, peranti tersebut direka menggunakan sensor ketepatan yang mampu mengubah suhu menjadi sela masa serta digerakkan dengan denyutan elektronik.

Para penyelidik berharap peranti itu dapat digunakan bagi memajukan usaha dalam bidang onkologi serta penilaian rawatan kanser.

Hal demikian kerana tumor mungkin lebih panas berbanding suhu normal.

“Memandangkan sensor suhu adalah kecil, kita boleh menanam­nya ke dalam sel tikus, dan kanser tumbuh di sekitarnya.

“Sensor suhu itu digunakan untuk mengkaji variasi suhu dalam tumor berbanding tisu biasa dan jika kita boleh menggunakan perubahan suhu untuk menentukan kejayaan atau kegagalan terapi,” kata Gary Luker, seorang profesor radiologi dan kejuruteraan bio­perubatan.