``Ketika kerajaan berusaha menangkis serangan terhadap ekonomi Turki hari ini, jaminan terbesar untuk kami ialah komitmen dan tekad setiap rakyat negara untuk berpegang teguh kepada kemerdekaan,negara dan masa depan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pertamanya hari ini berhubung krisis kewangan negara sempena hari memperingati ulang tahun Perang Manzikert yang berlaku pada 1071.

Kata Erdogan, tiada siapa yang boleh menghalang Turki untuk mencapai sasaran negara pada 2023, 2053 dan 2071. - Reuters