Berita kematiannya itu disahkan oleh Yayasan Kofi Annan.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Bern, Switzerland awal pagi tadi.

Annan pernah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel kerana sering terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di seluruh dunia.

Beliau merupakan orang Afrika pertama yang memegang jawatan Setiausaha Agung dari 1997 hingga 2006.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai wakil khas PBB ke Syria, mengetuai usaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di negara itu. - REUTERS/AGENSI