KOALA tersebut berjaya diselamatkan walaupun terperangkap pada gandar kenderaan sejauh 16 kilometer semalam. - REUTERS

Pemandu kenderaan berkenaan kemudiannya berhenti selepas mendengar suara koala tersebut.

Koala betina itu dipercayai memanjat ke arah gandar kenderaan tersebut ketika ia diletakkan di kawasan berbukit pinggir bandar Adelaide.

Anggota bomba dikerahkan untuk membantu pekerja hidupan liar membebaskan haiwan terbabit.

Koala itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. - REUTERS