Laman web etonline.com, melaporkan lirik lagu terbaharu penyanyi berusia 31 tahun itu turut mengkritik ramai pihak dengan cara yang salah.

Lagu single terbaharu yang menampilkan penyanyi rap, Drake, Lil Wayne dan Chris Brown itu banyak mengandungi unsur-unsur lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan peminat dan menuduh penyanyi rap itu menggunakan gambar Nazi.

Dalam klip video tersebut, Minaj tampil sebagai seorang pemimpin tentera atau seorang diktator yang dikelilingi askar-askar yang membandingkan dengan pegawai-pegawai Nazi.

“Padamkan video Nazi dalam klip video tersebut,” kata seorang pengguna yang memuatnaik status tersebut di Twitter.

Seorang lagi peminat berpendapat klip video Only itu mempunyai masalah.