Menurut portal Mail Online, pelakon siri televisyen popular The Suits itu sebelum ini dilaporkan cuba mengelak daripada media sejak kisah hubungan mereka tersebar.

Markel, 35, dilihat keluar dari kediamannya di Toronto petang semalam sambil tersenyum ke arah wartawan yang merakam gambarnya sebelum berjalan ke kenderaan mewahnya dengan diiringi pengawal peribadi dan anggota polis.

Kisah keintiman Markel dan Putera Harry heboh diperkatakan selepas pelakon kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan memuat naik beberapa gambar romantik seakan mengiakan hubungan mereka.

Portal hiburan US Weekly mela­porkan, pelakon itu telah diundang untuk menyertai keluarga diraja Britain meraikan ulang tahun kelahiran Putera Harry ke-32 pada 15 September lalu.

Pasangan itu dikatakan menghabiskan masa bersama selama beberapa hari di Toronto terma­suk ketika sambutan hari Hallo­ween di Kelab Soho House.

Sumber yang rapat dengan Putera Harry memberitahu akhbar tabloid The Express bahawa adik pewaris kedua takhta Britain itu semakin gembira sejak me­ngenali Markel.