Portal berita IndiaToday melaporkan kejadian itu berlaku di atas jambatan yang menghubungkan dua stesen yang mana hujan lebat memaksa para penumpang berteduh di atas jambatan tersebut yang kemudiannya berasak-asak untuk menaiki kereta api.

Sementara itu AFP melaporkan jurucakap unit pengurusan bencana Mumbai, Tanaji Kamble sebagaio berkata, angka kematian kemungkinan akan bertambah

“Ketika itu adalah waktu puncak, namun rempuhan itu berjaya dikawal,” katanya.

Siaran televisyen menunjukkan para pengguna cuba membantu mereka yang tercedera termasuk mengusung mereka ke bawah.

Pengkutan kereta api merupakan nadi pergerakan kira-kira 20 juta penduduk di Mumbai. - AFP