Jurucakap Facebook Inc. mengesahkan perkara itu dalam satu pesanan e-mel selepas berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.

“Awal hari ini, pengguna Whats­­App di semua kawasan di dunia tidak dapat mengakses perkhidmatan itu untuk beberapa jam. Namun, kami berjaya mengatasi masalah itu dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.

Menurut wartawan Reuters, perkhidmatan WhatsApp turut dilaporkan tergendala di sebahagian kawasan di India, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil, membabitkan pengguna sistem iOS, Android dan OS.

Brazil yang mempunyai jutaan pengguna perkhidmatan pesanan dalam kalangan golongan profesional dilaporkan berdepan masalah sama selama hampir 2 jam 30 minit.

Bagaimanapun, laman web WhatsApp dilaporkan berfungsi seperti biasa.

WhatsApp digunakan oleh lebih daripada 1.2 bilion pengguna di seluruh dunia dan kini merupakan saluran utama komunikasi dan perdagangan di kebanyakan negara.

Facebook berkata, lebih 175 juta menggunakan aplikasi WhatsApp secara aktif setiap hari bagi memuat naik status dan berkongsi gambar menerusi Snapchat. – REUTERS