Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa pembinaan tembok di beberapa negara hanya akan mencetuskan kekacauan dan penderitaan.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Bachelet ketika sesi ke-39, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga menyatakan komitmennya untuk merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat dan mempromosikan hormat-menghormati, kesejahteraan serta kebebasan. - AFP