Institut Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Bahrain serta Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain mengesahkan pembebasan itu.

“Sheikh Ali Salman didapati tidak bersalah. Kami berharap keputusan ini membuka jalan bagi dialog dan perdamaian,” kata Sheikh Maytham al-Salman dari Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain kepada AFP.

Sheikh Ali telah ditahan sejak tahun 2014 dan menjalani hukuman penjara empat tahun atas tuduhan mencetuskan kebencian. - AFP