Menurut Alex Younger atau dikenali sebagai C, negara tersebut mengambil kesempatan terhadap garis samar antara ruang siber dan dunia fizikal menyiasat institusi dan keselamatan Britain.

“Rusia atau negara lain yang berniat menjatuhkan cara hidup, jangan memandang rendah atas dedikasi dan kemampuan kami atau rakan sekutu,” katanya dalam ekstrak ucapannya yang dikeluarkan awal oleh Pejabat Luar Negara.

Ucapan awam itu akan dibuat pada pelajar Universiti St Andres, Scotland merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun Younger menjadi C.

C juga akan memberi maklum balas London dan sekutunya yang mana menyalahkan Moscow terhadap serangan senjata kimia di Salisbury pada Mac lalu. - AFP

Habis